Thursday, May 6, 2010

Kisah Mala

Assalamulaikom....

Jam dinding menunjukkan tepat pukul 11.30 tenganh hari.Kelihatan 3 beranak sedang sebok didapur bagi menyediakan makan tengahhari.
Mak Biah mengambil alih tugas arwah adiknya yang meninggal semasa melahirkan adik Mala iaitu Fina kerana kehilangan darah yang banyak.Sejak itulah Mak Biah memikul tanggungjawab sebagai ibu kepda anak2 buahnya.Bapa kepada dua puteri ini pula meninggal kerana dihempap buah kelapa semasa isterinya itu mengidamkannyan.




Sedang Mala asyik membersihkan siput sedut sebelum di masak.Tiba-tiba Mak Biah bersuara.

"Mala,mak nak cakap sesuatu pada kau ni,tapi mak harap kau dapat menerimanya dengan hati yang terbuka" kata Mak Biah dengan penuh harapan.

"Mak ni cakap macam suspen je,ape die mak??" Tanye Mala ternanti-nanti.

"Mak dah terima pinangan Tuan Rosli minggu lepas" Senyum

Mala yang sedang sibuk membasuh siput sedut terkedu mendengar berita Mak Biah,hampir terlepas besen siput sedut itu.Peluh dingin mula memercik.

"Ini ke sebabnya mak suruh Mala balik dengan tergesa-gesa"

"Ia Mala,mak dah pun terima pinangan itu,sebenarnya dah lama Tuan Rosli berhajat nak menghantar rombongan meminang.Kami dah berbincang,bulan depan hari langsungnya"
Kata Mak Biah dengan nada gembira tanpa menoleh ke arah Mala yg kebingungan.




"Mak.....Mala masih muda lagi,Mala ingat nak kerja dulu,dapatlah Mala bantu mak dan Fina.." kata Mala penuh rayu.

"Takpe Mala,gaji mak lagi tinggi dari kau tu..kau tak payah pening2 fikirkan pasal mak..Anak2 Tuan Rosli pun semua dah berjaya dan berjawatan besar,tak susah mane dah"

"hhhmmm....Tuan Rosli pinangkan anak die yang mane satu mak,anak dia ade 3 orang lelaki kan??" kata Mala penuh persoalaan.

"ishhh...bukan anak die..Tuan Rosli sendirilah...anak2 die yang lelakikan semuanya dah lepas..engkau ni..tu pun dah lupe ke..yang kau melantak kenduri anak dia sampai tak ingat dunia..habis sebelanga lauk orang tua tu"

"Ya Allah,ape yang mak aku merepek ni,kene sampuk agaknye siang2 ni.Ade ke aku nak dijodohkan dengan tuan Rosli tu.Ya Allah,beratnya ujian yang kau beri." katanya didalam hati.




Lantas wajah Farid mucul dikotak fikirannya,macam mane aku nak bagitahu die.Aku ingat kepulangan aku ni ingin ku sampai kan berita bahawa kami ingin bersatu..setelah 5tahun menjalin hubungan...tetapi lain pula jadinya..aku akan disatukan dengan tuan Rosli yang hanya layak dipanggil 'bapak'.

Makan tengahhari itu betol-betol membantutkan selera Mala walaupun gulai siput sedut pucuk paku adalah kegemarannya.Terasa pahit untuk ditelan.Wajah Farid dan Tuan Rosli silih berganti.Macam dalam cerita P.Ramlee..terbayang-bayang dalam kuah gulai tuu...Beberapa kali Mala menarik nafas bagi melepaskan segala keresahan hatinya.




Malam itu,Mala dan Mak Biah berjemaah di surau.Begitulah rutin mereka setelah menghantar fina ke kelas malam.Pada malam itu,Mala semakin tidak dapat mengawal perasaannya,hendak pula yang melaungkan azan isyak pada malam itu adalah Tuan Rosli sendiri.Hampir pecah gegendang telinga Mala.

Sewaktu mencari2 selipar setelah selesai solat jemaah,beg yg berisi telekung terlepas dari tangan Mala.Tiba-tiba,alangkah terkejutnya Mala kerana Tuan Rosli dengan tangkas menyambutnya dari ia jatuh ke longkang.Dengan muke merah padam dan tanpa menoleh,Mala mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi dengan setitis air mata.

Mala menoleh semula kebelakang bagi mencari2 Mak Biah yg ditinggalkannya.Tapi die terlihat yang Mak Biah sedang asyik berbual2 dengan Tuan Rosli dan tok imam(kadi kampung).

"Ahhhh...ini tak lain tak bukan mesti bincang pasal aku ni"
Desus hatinya.

Malam itu begitu sugul,sepi...Mak Biah yang sedang leka menjahit kain batik sarung sesekali mengerling ke arah puteri kesayangannya itu,Mala yang sedang duduk melanggong membuai perasaaan sendiri,sambil menarik2 tisu manyapu muka.Mereka sama-sama melayan perasaan di pangkin rumah.




Lalu Mak biah bersuara

"Mala....kalau kau tak setuju dengan pinangan Tuan Rosli yg mak bincangkan siang tadi tu takpelah nak..nanti mak jumpe Tuan Rosli supaya ia dibatalkan" Kata Mak Biah sugul dan tak ikhlas mane.

''Makkkk....bukan Mala tak setuju..tapi Mala anggap Tuan Rosli tuuu...hmmmmm...Mala dah ada pilihan sendiri" dengan muke kesian.

"Pilihan?? sape??"

"Farid..yang mak jumpe mase konvo Mala dulu''

''Ape?? Mak tak setuju...Kau jangan nak mengada-ngada Mala''
keras suara Mak Biah menjeling dalam...

''Mak ...tapi kenape makkkkkk....die baik mak..die mampu menanggung hidup kite''

''Engkau gile ke Mala haaa???''

''Makkkk..."kata kata Mala yg tidak disambung lagi dek kesedihan.

''Mala...mak dah lama sayangkan Tuan Rosli tuu...dulu mak ayah Tuan Rosli tak setuju kami dijodohkan..jika mahu..mak haruslah meninggalkan kau..tapi mak sayangkan kau lebih dari segalanya..mak redha..mak memilih kau..biarlah mak sampai ke tua membujang,mak tidak akan sesekali tinggalkan kau..dan kalau kau nak tahu,Tuan Rosli yg menampung pembelajaran kau,,mak tak mampu nak.."kata Mak Biah sayu sambil mengesat air mata dengan hujung tengkoloknya.




''Makkk...jangan kata begitu...Mala sayangkan mak..tapi permintaan mak terlalu berat'' kata Mala meraung2.

''Mala...kau dah dewasa sekarang..kau dah mampu hidup berdikari..hidup sendiri...inilah caranya untuk mengeratkan lagi silaturrahim..dan mengenang jasanya..bukan dengan mengahwini Farid...''

''tapi Mak...macam2 cara lagi kite boleh mengenang jasa Tuan Rosli..takkanlah sampai Mala kene kahwin dengan die''

hahahahaahahahahah....agak besar ketawa mak Biah sambil berguling-guling..

''Cisss..boleh pulak mak ni gelak ..tak boleh blah ntol'' rungutnya..



''Ya Allah......kau ni meroyan ape ni nak oiiii...bukan kau yg mak suruh kahwin ngan tuan Rosli tu..tapi mak ni haa yang nak kahwin...cessss''

''haaaa!!!!!!!!!!...laaa..mak ni wat suspen je''tekejut mala lalu menyapu air matanya dan membuang sebaldi air mata yg ditadahnya sejak tadi.




''oooooo...patutla kau kate kau ade pihan sendiri..si Farid tuuu..haaa...kalo macam tu meriah la majlis kahwin kite..kau boleh la join skali''

Lalu berderailah ketawa dua beranak tuuu..
Hahahahahahhaahahahhaah...

''Ingatkan kau tak bagi mak kahwin...punyalah muda si Farid tu kauu nak jodohkan dengan mak..pitam aku''

''hahaha...mane boleh...Farid saye punye makkk''

Keesokannya kilang tisu PREMIERO telah mencapai target jualan terlaris dan memberi sponsor kepada majlis Mak Biah dan Mala yang diraikan secara besar besaran.





p/s : lain kali siasat betol-betol..jangan main tibai je..




0 comments

Related Posts with Thumbnails